skip to main |
skip to sidebar
Bengal
Seorang ahli genetik dan pembiak kucing di California
mencuba untuk menyilangkan Asian Leopard Cat dengan American Shorthair.
Perkawinan silang ini bertujuan mendapatkan pola spotted wild cat pada
kucing domestik. Selanjutnya anak betina keturunannya disilangkan
kembali dengan bapaknya sehingga dihasilkan anak kucing dengan pola
spotted yang kemudian dikenal dengan ras Bengal. Ras ini merupakan keturunan dari wild cat dan masih jarang ditemui. Pada
bulan februari 1998, seekor kucing bengal bernama Cato, memegang rekod
sebagai kucing termahal di dunia. Cato dibeli oleh Cindy Jackson (London,
Inggris) dengan harga 41,435 USD. Cindy sendiri adalah seorang pemegang
rekor dunia sebagai orang yang menjalani operasi plastik terbanyak
terbanyak. Rekod kucing termahal ini hanya bertahan hingga tahun 2005.
Melanjutkan
program persilangan tersebut untuk mendapatkan the Asian Leopard Cat
yang tahan terhadap penyakit Feline Leukemia yang disebabkan oleh
sejenis virus. Tahun 1983 ras ini didaftarkan di kelab TICA.Dengan
bentuk badan yang besar dan gagah, bengal mendapatkan sebagian ciri
fizikal leluhurnya yang merupakan kucing liar. Kucing betina dewasa
mempunyai berat badan sekitar 4-5 Kg, sedangkan kucing jantan boleh
mencapai verat 10 Kg.Bentuk
kepala kucing bengal besar dan agak panjang, tetapi lebih kecil
dibandingkan bentuk tubuhnya. Lehernya besar, panjang dan berotot,
seimbang dengan ukuran kepala. Hidung besar dan lebar, sedangkan kulit
hidung berwarna merah dengan garis luar hitam. Telinga sedang dan
menghadap kedepan. Mata lebar dan bulat seperti buah almond, berwarna
hijau atau amber.Pola
warna bengal sangat khas yaitu tabby spotted yang berwarna
kehitam-hitaman, coklat atau cinnamon, dan garis horizontal hitam
dibagian pundak, serta lingkaran berbentuk cincin pada ekor dengan ujung
berwarna gelap. Warna dasar orange lebih disukai. Dikenal juga pola
classic tabby yang terlihat seperti pola oyster di bagian paha dan pola
kupu-kupu di bagian bahu.
Sifat Dan Ketrampilan Ras
Bengal adalah kucing yang cerdas dan aktif. Salah satu ciri khasnya
adalah kesukaan akan air, mereka tidak keberatan sebahagian tubuhnya
basah oleh air. Mereka suka sekali mandi dan berendam dalam 'bathtub'
bersama pemiliknya. Breed
yang sangat cantik ini merupakan kucing yang penyayang, sangat
mengasihi dan suka berkawan di samping mengekalkan ciri unik keluarga
liarnya. Kucing Bengal ini bersaiz sederhana dan besar berbanding kucing
shorthaired
yang lain. Kucing Bengal juga mempunyai tubuh berotot dengan susuk yang
panjang, menampakkan ia lebih besar. Penampilan mereka juga lebih tegap
dan teguh.Bahagian
kepala mereka mempunyai riak liar dan menggentarkan dengan telinga
bulat kecil, tandaan belang dan tompok yang mendalam pada bahagian muka
serta lapis misai yang nyata. Di sebalik struktur fizikal yang
mengingatkan kita kepada moyangnya di hutan liar, kucing Bengal adalah
kucing yang mempunyai sifat kasih yang mengagumkan.Kucing
Bengal kadangkala boleh menjadi nakal dan riuh di dalam rumah. Mereka
sangat aktif dan sentiasa bersedia untuk bermain. Mereka juga mempunyai
personaliti vokal, bijak, penyayang dan suka mendampingi manusia dan
memuaskan hati manusia. Pemilik kucing Bengal akan mendapati bahawa breed
ini hampir dengan anjing dari segi personaliti di mana mereka akan
mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi dari bilik ke bilik dan
sentiasa menantikan kepulangan anda dengan sambutan yang ceria. Kucing
Bengal amat sesuai untuk berdamping dengan anak-anak kecil dan binatang
peliharaan lain. Kucing yang cantik ini pasti akan menyerikan mana-mana
rumah dan menjadi teman setia manusia.
Satu lagi keunikan kucing Bengal adalah mereka sebenarnya suka dengan
air. Mereka dapat menghabiskan masa berjam-jam dengan air yang mengalir
dari pili air yang terbuka dan menggembirakan kanak-kanak atau golongan
dewasa dengan keliincahan mereka bermain dengan air.
Kucing Bengal mempunyai enam warna rasmi iaitu brown-black spotted, brown-black marbled,snow-spotted dan snow-marbled. Variasi popular adalah brown-black spotted kerana ia paling hampir menyerupai penampilan Asian Leopard Cat.Brown spotted dan brown marbled mempunyai mata yang besar, ekspresif, berjaga-jaga, berbentuk almond berwarna biru atau hijau. Snow pula boleh dijumpai dengan mata berwarna biru atau lain-lain warna.Nama Bengal ini datangnya dari nama Latin bagi Asian Leopard Cat iaitu Feline Bengalensis sering disebut sebagai Bengal Tiger.
Domestik Bengal telah mewarisi corak tompok liar yang eksotik dan
mengagumkan daripada Asian Leopard Cat, yang banyak dijumpai di Asia
tengah. Tahun 1973 Dr. Centerwall dari California University FiFe baru belakangan ini mengakuinya. Bengal baru diperkenalkan di Perancis pada tahun 1991.
0 komentar:
Posting Komentar